Jumaat, 21 Oktober 2016

simptom penyakit buah pinggang

penyakit buah pinggang berlaku pada masa kini kerana kita lebih suka mengamalkan makanan tidak sihat seperti makanan ringan , minuman berkarbonat yang sekaligus memberi kesan terus kepada buah pinggang.

kebiasaanya tanda-tanda sakit ini tidak dikesan dengan cepat oleh kita. disini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai tanda-tanda penyakit buah pinggang. " mencegah lebih baik dari mengubati".

jangkitan buah pinggang merupakan penyakit berbahaya untuk badan. penyakit ini bukan sahaja berbahaya tetapi juga menyakitkan. penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi setiap orang tidak mempunyai tanda atau gejala yang sama. lelaki dan perempuan mempunyai gejala yang berbeza sama seperti akibatnya. penyakit ini berlaku kerana kekurangan air didalam badan.

tanda awal penyakit buah pinggang


  • rasa letih, kurang bertenaga atau mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan
fungsi buah pinggang yang senakin menurun dengan teruk boleh membawa kepada pengumpulan toksik  dan kotoran dalam darah. ini yang menyebabkan kita merasa letih, lemah dan menyukarkan tumpun kita. ini boleh menyebabkan anemia iaitu boleh melemahkan dan kelesuan.

  • kesukaran untuk tidur
apabila buah pinggang tidak dapat menapis dengan sempurna, disebalik meninggalkan tubuh melalui air kencing, toksik akan kekal dalam darah. ini yang menyebabkan kita susah untuk tidur. ini juga dapat dikaitkan dengan obesity  dan penyakit buah pinggang kronik.

  • kulit kering dan gatal
buah pinggang yang sehat malakukan pelbagai fungsi dalam badan kita. ia mebuang bahan kotor dan cecair berlebihan daripada tubuh. ia juga membentu menghasilkan sel-sel darah merah, membantu menghasilkan tulang kuat dan bekerja untuk mengekalkan jumlah galian yang sepatutnya didalam darah. kuling menjadi gatal boleh menjadi tanda penyakit tulang dan penyakit buah pinggang. 
  • rasa ingin kencing dengan kerap
jika rsa ingin kerap kencing terutamanya pada waktu malam, ini mungkin menjadi tanda penyakit buah pinggang. apabila penapis buah pinggang rosak, ia boleh menyebabkan rasa ingin kencing dengan kerap. ini juga boleh menjadi tanda jangkitan urinary atau prostat membesar kepada lelaki.
  • darah dalam air kencing
buah pinggang yang sihat memastikan sel darah dalam tubuh menapis bahan buangan daripada darah untuk menghasilkan air kencing. tetapi jika penapis buah pinggang telah rosak, sel-sel darah mula bocor dan masuk kedalam air kencing. selain itu, air kencing berdarah juga menunjukkan tanda tumor, batu dalam buah pinggang atau jangkitan.
  • air kencing berbuih
air kencing berbuih tanda air kencing mengandungi protein. buih air kencing seperti buih telur sebelum digorengkan. 
  • bengkak sekeliling mata sepanjang masa
protein dalam air kencing adalah tanda awal penapis buah pinggang telah rosak, protein bocor dan masuk melalui air kencing. protein didalam air kencing menyebebkan berlakukan bengkak pada sekeliling mata.
  • kaki dan buku lali membengkak
fungsi buah pinggang dah berkurang menyebabkan pengumpulan garam, ini menyebabkan berlaku penmbengkakkan pada kaki dan buku lali. jika berlaku bengkak pada bahagian bawah badan, merupakan tanda penyakit jantung, penyakit hati dan masalah vena kaki kronik.
  • hilang selera makan
toksik dalam badan menyebabkan kita hilang selera untuk makan dan berat badan berkurangan.
  • otot kejang dan kebas
ketidakseimbangan elektrolit boleh terjadi dan menjejaskan fungsi buah pinggang. tahap kalsium rendah dan kurang kawalan fosforus boleh menyebabkan otot kenjang dan kebas.


jika anda mengalami tanda-tanda awal seperti diatas, boleh melakukan pemeriksaan diklinik atau hospital melalui pemeriksaan air kencing. harap info ini dapat membantu kita semua untuk mencegah penyakit ini. buah pinggang sanggat penting, sayangilah buah pinggang anda semua...tq

Khamis, 20 Oktober 2016

8 jenis buah yang menjadikan tubuh langsing

adakah anda tahu jika mengamalkan buah-buahan dapat menurunkan berat badan secara semulajadi dan selamat berbanding mengamalkan supplement. tanpa kita sedari terdapat banyak buah yang disekeliling kita yang mempunyai banyak manfaat yang positif. jika kita mengamalkannya dengan teratur, ia dapat mengurangkan berat badan sedikit demi sedikit. mesti anda semua tak tahu kan...???

sekarang saya akan memberitahu antara jenis buah yang boleh kita amalkan untuk megurangkan berat badan.



  • epal

epal mengandungi banyak air dan serat. ia dapat mengenyangkan perut anda. setelah dicerna epal meenghasilkam hormon GLP-1 yang menghantar isyarat ke otak untuk memujuk anda berfikir perut anda sudah kenyang atau masih kenyang. makan sebiji buah epal bersaiz sederhana, 15 minit sebelum memakan makanan berat, membantu mengawal nafsu makan.

  • Avokado

kebiasaanya buah yang memiliki isi yang tebal di makan dalam bentuk jus dan mampu mempercepatkan proses metabolisme badan. ia juga dapat meningkatkan hormon testosteron. hormon ini merupakan bahagian penting yang menentukan turun dan naik berat badan kita. buah ini juga mempunyai lemak yang tidak berbahaya terhadap jantung dan boleh terbakar  sehingga menghasilkan tenaga dengan cepat.

  • pir

buah ini mempunyai kandungan serat yang amat tinggi, anda akan merasa cepat kenyang jika memakan buah ini. proses metabolik akan menjadi semakin lancar dan penurunan berat badan berlaku dengan cepat  secara semulajadi. selain itu, buah ini juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam badan kita. ia sanggat bangus untuk kesihatan kerana kaya dengan potassium. seeloknya dimakan bersama kulit, kerana kulitnya mempunyai serat yang tinggi.

  • pisang


buah pisang antara buah yang mudah untuk kita perolehi kan? ia juga banyak manfaat dalam proses untuk menurunkan berat badan. serat laut yang terdapat didalam buah pisang akan membuat kita berasa tidak lapar. ia dapat mengelak kita untuk mengambil makanan berat terlalu kerap. pisang merupakan buah yang mempunyai kandungan  vitamin B6 yang tinggi. sekali makan, badan kita akan mendapat lebih 30% pengambilan yang diperlukan setiap hari. vitamin ini juga dapat meningkatkan imuniti dan mengurangkan risiko penyakit jantung. 

  • delima

buah delima buah yang banyak manfaat dan khasiatnya. delima ini juga dikenali dari segi nama saintifiknya pomegranate, walaupun ukurannya kecil tetapi mempunyai kandungan antioksidan yang cukup tinggi. amat berkesan membantu mengeluarkan racun dan bahan negatif dari dalam badan, pengambilan secara teratur dapat membantu dan mengawal nafsu makan anda. kandungan polyphenols yang terdapat dalam buah delima dapat melancarkan metabolisme badan. kandungan kolesterol dalam badan juga dapat berkurang dengan memkan buag delima. 

  • betik

betik juga mempunyai zat untuk metabolisme badan. salah satunya dikenali dengan nama papain, enzim yang berfungsi untuk mempercepatkan proses keluarnya sisa makan dari badan. ini dapat mencapai taget anda untuk mendapat berat badan yang ideal dan sehat. betik juga kaya dengan antioksidan seperti karotena dan vitamin c.

  • strawberi

buah strawberi dapat menhasilkan hormon adiponectin dan leptin. ia boleh mempercepatkan proses pembakaran lemak dan melancarkan metabolisme badan. mengamalkan pemakanan strawberi yang teratur dapat membuatkan diet anda seimbang dan tidak lupa untuk bersenam jika ingin mendapatkan hasil yang maksimum.

  • kiwi

kiwi mempunyai kandungan serat yang tinggi . didalam isi buah kiwi terdapat biji hitam. buah kiwi dapat melancarkan proses pencernaan di dalam tubuh, serat yang ada dalam kiwi membolehkan kita berasa kenyang yang bertahan lama. bagus untuk mengurangkan pengambilan makan yang berat jika ingin diet.

Tsunami Di Busan

sekarang dunia dikejutkan dangan bencana alam yang dahsyat yang berlaku di Busan,korea selatan. berpuluh video di sebarkan kelaman media sosial. boleh dikatakan bencana yang berlaku di busan merupakan bencana yang paling teruk yang pernah berlaku di dunia.  

punca tsunami ini berlaku?
 
taufan Chaba
taufan Chaba mejadi punca utama ombak tsunami yang membadai bangunan apaprtment ditepi pantai di Busan. kejadian ini menyebabkan lawasan Busan dan Jeju mengalami banjir yang teruk. kenderaan seperti kereta di laporkan telah menalami kerosakan dan tengelam akibat tsunami tersebut.

berapa orang yang terkorban didalam bencana ini?





Dari website Korean News, telah didapati  5 orang mati dan seorang masih lagi hilang. Menurut KoreanTimes, antara yang maut adalah seorang lelaki dalam 60-an beliau yang telah dihanyutkan oleh air banjir di hadapan sebuah apartmen di Ulsan. Mayatnya ditemui terperangkap antara penghadang jalan raya kira-kira 60 meter. 

Seorang ahli bomba Ulsan cuba untuk menyelamatkan orang dari banjir juga maut. Dua orang yang lain terbunuh di Busan pada pagi tadi. Ribut besar juga mendatangkan malapetaka di Pulau Jeju. Seorang wanita maut  apabila angin kencang melanda beliau dari bumbung sebuah rumah dua tingkat di daerah Suyeong. 


Pada masa yang sama, sebuah kren di tapak bangunan sekolah di daerah Yeongdo runtuh dan menghempap seorang pekerja, kemudian mati di tempat kejadian. walaubagaimanapun jumlah kematian belum dikenalpasti lagi.

terdapat banyak jadual penerbangan dibatalkan, penerbangan dari dan ke Busan untuk sementara waktu. kapal terbang berhampiran Gimhae airport juga dibatalkan. jika ingin pergi ke tempat lain, disaranan untuk mengunakan keretapi di Seoul. sekolah juga terpaksa ditutup akibat serangan taufan Chaba. sebanyak 2500 sekolah yang terpaksa ditutup.

agensi meteologi jepun telah megeluarkan amaran ribut yang berkelajuan 180 kilometer sejam dan hujan lebat yang sebabkan ribut tersebuat yang akan menuju ke arah barat jepun.


Ahad, 16 Oktober 2016

tempat menarik dilangkawi


apabila sebut tentang Langkawi , mesti orang akan fikir Langkawi ada laut snorkeling, banana bot, dan jet ski. dilangkawi juga bukan hanya aktivi laut sahaja , terdapat juga aktiviti di darat dan dibukit.
kami pergi bercuti 3 hari 2 malam. saya dan kawan saya seramai 7 orang dan kami menginap di hotel yang berdekatan dengan kuah.
antara tempat yang kami pergi:

1. kereta kabel Langkawi



kereta kabel ialah destinasi yang paling penting di Langkawi, rugi kalau pergi Langkawi tetapi tidak mencuba. ketinggian kerata kabel dilangkawi lebih tinggi berbanding di genting highland. untuk beli tiket, terdapat 3 jenis pakej. untuk pelancong luar negara harga tiket lebih mahal manakala pelancong Malaysia harga lagi murah kerana mempunyai maykad. saya lebih suka buat aktiviti yang mencabar, memang agak gayat sikit, takut tapi seronok. suatu pengalaman yang menarik.

 2.    skybridge


pelancong akan menaiki kereta kaber untuk sampai di skybridge. bila sampai ja skybrige adalah tempat yang paling menarik untuk melihat seluruh pulau Langkawi. masa yang sesuai untuk g ke skybridge pada waktu petang kerana kurang panas. jika cuaca hujan atau angin kuat perkhidmatan kereta kabel dan skybridge tidak dibuka untuk keselamatan orang ramai. skybridge gabungan jambatang melengkung secara 360 darjah dari  dua puncak iaitu bukit machinchang.

3.    art in paradise





pantai cenang merupakan pantai yang wajib untuk pergi. didini pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti mandi pantai, banana boot dan banyak lagi. pantai cenang popular kerana terdapat  banyak chalet yang murah dan juga ekslusif. kebanyakan orang suka pergi pantai kerana mahu melihat matahari terbenam dengan warna yang cantik. 

4.  pantai cenang


pantai cenang merupakan pantai yang wajib untuk pergi. didini pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti mandi pantai, banana boot dan banyak lagi. pantai cenang popular kerana terdapat  banyak chalet yang murah dan juga ekslusif. kebanyakan orang suka pergi pantai kerana mahu melihat matahari terbenam dengan warna yang cantik.

5.  pantai tanjung rhu 

kecantikan persisiran pantai tanjung rhu lebih cantic dari pantai cenang tetapi tidak sepopular pantai cenang. pasir pantai ini gebu dan suasana lautnya juga tenang. disini kita juga boleh melakukan aktiviti pantai seperti jet ski, parasiling dan sebagainya. semasa kami pergi disana kami tidak dibenarkan untuk tangkap gambar di pantai tersebut kerana  disana terdapat aktiviti sukan. sebelah pantai tanjung Rhu ada pantai peribadi yang dibeli oleh pelancung asing. 

6. kilim geoforest park





gua kelawar

bagi makan ikan pari


burung helang  




dilangkawi juga terdapat hutan paya dengan pelbagai tarikan yang boleh dilihar. dari sini kita akan berjalan kaki ke platform kayu dan beratur untuk naik bot untuk mengigilingi pulau ini. dipulau ini terdapat gua kelawar dan gua buaya. gua ini jika dilihat betol-betul kelihatan seperti buaya. disini juga terdapat makanan dan lauk-lauk yang segar. terdapat kedai makan dan tempat untuk memberi makanan. disini juga saya ada belajar cara beri makanan kepada ikan pari dan terdapat pelbagai jenis ikan. disini juga kita dapat melihat pelbagai jenis burung helang terjun tiruk mengambil makanan yang dilepas oleh pemandu bot. kata pemandu bot tersebut, makanan tersebut adalah lemak ayam. cantic sabggat burung helang tersebut dan pelbagai warna. akhir sekali kami di bawa ke pantai untuk mandi-manda disana.

7. dataran lang


tak sempurna jika dating ke Langkawi tetapi tidak tangkap gambar didataran lang. burung helang gergasi yang menjadi simbolik kepada pulau Langkawi. jika dari jeti kuah hanya bebarapa minit sahaja berjalan kaki. kebiasaannya pelancong akan dating bergambar disini semasa menunggu masa untuk menaiki feria tau pulang ke destinasi masing-masing.

8. underwater world Langkawi








underwater world Langkawi lebih kurang sama dengan Aquaria KLCC disini terdapat ribuan jenis kehidupan laut. antara binatang yang jarag dilihat juga terdapat disini seperti penguin, jerung, pari, sotong kurita, dan sebgainya. lokasinya berdekatan dengan pantai cenang.

9. HAJI ISMAIL GROUP ( HIG)
tempat yang terakhir kami kunjungi ialah HIG. disini sesiap mahu membeli barang pinggan mangkuk, coklat murah-murah. dilangkawi dikenali sebagai tempat bebas cukai.

tidak berkesempatan untuk pergi semua tempat yang menarik.masih banyak tempat yang menarik yang belum kami kunjungi. antaranya ialah makam mahsuri, Langkawi wildlife park, taman buaya Langkawi, galeri padi, herbawalk Langkawi, taman lagenda, tasik dayang bunting, air terjun temurun, air terjun durian perangin dan banyak lagi.
jika berkesempatan untuk bercuti lagi dan cuti yang panjang, mungkin boleh pergi ketempat yang belum dikunjungi.

bronok



sejenis kehidupan laut yang seakan-akan gamat dan ia hidup di kawasan pantai yang berselut. Bronok di makan mentah iaitu di jadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di Langkawi, Kedah, menjadi perkara wajib jika pergi ke Langkawi dan merasa kerabu bronok.

ciri-ciri

Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa dan rasanya agak masin. Bronok juga tidak boleh masak kerana ia akan menjadi cair. Teksturnya licin seperti sotong dan ianya juga mempunyai beberapa warna seperti coklat kehitaman atau merah jambu. Bersifat kenyal dan rasanya agak masin seperti air laut.



Mungkin ada di antara anda yang tak berselera untuk makan selepas tengok fizikal lain seperti lintah gergasi. Tetapi bagi sesetengah orang, kerabu Bronok ni memang sedap dan menyelerakan. Bagi penduduk disekitar Langkawi kerabu Bronok ni menjadi benda wajib untuk majlis kenduri. cara-cara mencari bronok lebih kurang seperti kita mencari kerang di laut. Bronok ni ada musim-musim tertentu saja yang banyak boleh didapati dilangkawi. Dan kalau saiznya besar sangat pun tak sesuai kerana agak liat isinya, jadi kita ambil yang sedang-sedang saja.

Pada sesiapa yang baru kali pertama lihatnya amat geli sekali kalau nak pegang, dalam badannya hanya Nampak air saja. Jadi kalau ke Langkawi ini janganlah lepaskan peluang untuk mencuba kerabu bronok ini, kawasan yang banyak Bronok di Langkawi ni adalah di kawasan sebelah Padang Matsirat berdekatan International Airport Langkawi.



Sabtu, 15 Oktober 2016

rotavirus

definisi

Rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit dan muntah-muntah pada kanak-kanak di seluruh dunia. Jangkitan ini amat mudah berjangkit dan boleh membawa kepada dehidrasi yang teruk (kehilangan cecair badan) dan juga kematian.

Rotavirus adalah virus yang menjangkiti usus, menyebabkan gastroenteritis yang teruk (keradangan perut dan usus). Rotavirus adalah punca yang paling biasa cirit-birit teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia dan menyebabkan kematian kira-kira 500,000 kanak-kanak di seluruh dunia setiap tahun. Nama rotavirus datang dari rupa roda seperti ciri bagi virus apabila dilihat oleh mikroskop elektron (rotavirus nama yang berasal dari rota Latin, yang bermaksud "wheel").


risiko


  • Bayi yang lahir dengan berat badan rendah, antibody  yang lemah
  • Anak-anak yang minum susu formula dan tidak menyusui langsung dari ibunya
  • Untuk anak-anak di rumah asuhan kanak-kanak ketika mereka masih kecil dan pengasuh yang belum berpengalaman.

symptom

Tanda-tanda utama jangkitan rotavirus adalah demam, selsema, sakit perut, muntah-muntah yang berterusan, bau najis terlalu busuk dan cirit-birit berlarutan (yang boleh menyebabkan dehidrasi yang teruk). Anak-anak yang berusia 6-24 bulan memiliki risiko lebih tinggi mengalami penyakit serius daripada anak-anak lain. Penyakit ini dapat terjadi pada anak-anak di setiap tempat di dunia.Tanda-tanda boleh bertahan daripada empat hingga enam hari. Gejala bibir dan lidah kering, kulit kering, mata cengkung, dan kurang daripada enam lampin basah sehari menunjukkan dehidrasi, dan perlu dimaklumkan kepada doktor. jika tidak mencukupi cara untuk rihidrasi kanak-kanak, rotavirus adalah boleh membawa maut.





 

berjumpa doctor dan Hubungi doktor jika anak anda:

  • Mempunyai cirit-birit lebih daripada 24 jam
  • Mempunyai muntah yang kerap
  • Mempunyai najis atau najis hitam dan darah atau nanah
  • Mempunyai suhu 104 F (40 C) atau lebih tinggi
  • Seolah-olah lesu, cepat marah atau dalam kesakitan
  • Mempunyai tanda-tanda atau gejala-gejala dehidrasi, termasuk mulut kering, menangis tanpa air mata, sedikit atau tiada air kencing, dan mengantuk luar biasa,

Jika anda seorang dewasa, hubungi doktor jika anda:

  • Mengalami cirit-birit lebih daripada dua hari
  • Mempunyai darah dalam muntah
  • Mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada 103 F (39.4 C)
  • Mempunyai tanda-tanda atau gejala-gejala dehidrasi, termasuk dahaga yang berlebihan, mulut kering, sedikit atau tiada air kencing, kelemahan yang teruk, pening apabila berdiri


punca 


Virus ini biasanya disebarkan melalui laluan fecal-oral. Dalam erti kata lain, kanak-kanak boleh menumpang jangkitan rotavirus jika dia meletakkan jarinya dalam mulutnya setelah menyentuh mainan atau perkara-perkara yang telah dicemari oleh najis kanak-kanak lain yang dijangkiti. Ini biasanya berlaku apabila kanak-kanak tidak membasuh tangan selepas menggunakan tandas atau sebelum makan makanan.

Virus juga boleh merebak melalui makanan yang tercemar dan air minuman. pengendali makanan dijangkiti yang menyediakan salad, sandwic, dan makanan lain yang tidak memerlukan memasak boleh menyebarkan penyakit. Secara umumnya, gejala muncul dalam masa empat hingga 48 jam selepas terdedah kepada makanan atau air yang tercemar.

Kanak-kanak yang berumur di antara enam bulan dan dua tahun adalah yang paling mudah terdedah kepada jangkitan ini. bayi yang minum susu ibu mungkin kurang cenderung untuk dijangkiti, kerana susu ibu mengandungi antibodi (protein yang dihasilkan oleh sel-sel darah putih sistem imun) yang melawan penyakit. Hampir setiap kanak-kanak pada usia empat telah dijangkiti oleh virus ini dan mempunyai antibodi rotavirus di dalam badan mereka. Penyakit ini juga mensasarkan warga tua dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Kanak-kanak yang telah dijangkiti sekali boleh dijangkiti lagi. Walau bagaimanapun, jangkitan kedua adalah kurang teruk berbanding jangkitan pertama. apabila kanak-kanak telah dijangkitan untuk kali kedua, peluang jangkitan yang teruk berikutnya adalah kurang.



rawatan

terapi rehidrasi oral (minum air yang secukupnya untuk menggantikan kandungan yang hilang menerusi pergerakan usus dan muntah) adalah cara  utama rawatan. Walaupun jangkitan rotavirus yang tidak menyenangkan, anda biasanya boleh merawat jangkitan ini di rumah dengan cecair tambahan untuk mengelakkan dehidrasi. Kadang-kadang, dehidrasi yang teruk memerlukan cecair intravena di hospital. Dehidrasi adalah satu komplikasi serius rotavirus dan punca utama kematian kanak-kanak di negara-negara membangun.
Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit.  Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul dan temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah. Vaksinasi boleh membantu mencegah jangkitan rotavirus di kalangan bayi anda.

pencegahan


Cara terbaik untuk mencegah penyakit ini adalah dengan pengendalian makanan yang betul dan mencuci tangan yang teliti, selepas menggunakan tandas dan setiap kali tangan kotor. Di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak dan hospital, kakitangan perlu ditekankan mengenai kebersihan diri dan alam sekitar. Semua lampin kotor harus dianggap sebagai berjangkit dan dilupuskan dengan cara yang bersih.