apabila
sebut tentang Langkawi , mesti orang akan fikir Langkawi ada laut snorkeling,
banana bot, dan jet ski. dilangkawi juga bukan hanya aktivi laut sahaja ,
terdapat juga aktiviti di darat dan dibukit.
kami pergi
bercuti 3 hari 2 malam. saya dan kawan saya seramai 7 orang dan kami menginap
di hotel yang berdekatan dengan kuah.
antara tempat yang kami pergi:
1. kereta
kabel Langkawi
kereta
kabel ialah destinasi yang paling penting di Langkawi, rugi kalau pergi
Langkawi tetapi tidak mencuba. ketinggian kerata kabel dilangkawi lebih tinggi
berbanding di genting highland. untuk beli tiket, terdapat 3 jenis pakej. untuk
pelancong luar negara harga tiket lebih mahal manakala pelancong Malaysia harga
lagi murah kerana mempunyai maykad. saya lebih suka buat aktiviti yang
mencabar, memang agak gayat sikit, takut tapi seronok. suatu pengalaman yang
menarik.
2. skybridge
pelancong
akan menaiki kereta kaber untuk sampai di skybridge. bila sampai ja skybrige
adalah tempat yang paling menarik untuk melihat seluruh pulau Langkawi. masa
yang sesuai untuk g ke skybridge pada waktu petang kerana kurang panas. jika
cuaca hujan atau angin kuat perkhidmatan kereta kabel dan skybridge tidak
dibuka untuk keselamatan orang ramai. skybridge gabungan jambatang melengkung
secara 360 darjah dari dua puncak iaitu
bukit machinchang.
3. art
in paradise
pantai
cenang merupakan pantai yang wajib untuk pergi. didini pelbagai aktiviti boleh
dilakukan seperti mandi pantai, banana boot dan banyak lagi. pantai cenang
popular kerana terdapat banyak chalet
yang murah dan juga ekslusif. kebanyakan orang suka pergi pantai kerana mahu
melihat matahari terbenam dengan warna yang cantik.
4. pantai
cenang
pantai
cenang merupakan pantai yang wajib untuk pergi. didini pelbagai aktiviti boleh
dilakukan seperti mandi pantai, banana boot dan banyak lagi. pantai cenang
popular kerana terdapat banyak chalet
yang murah dan juga ekslusif. kebanyakan orang suka pergi pantai kerana mahu
melihat matahari terbenam dengan warna yang cantik.
5. pantai tanjung rhu
kecantikan
persisiran pantai tanjung rhu lebih cantic dari pantai cenang tetapi tidak
sepopular pantai cenang. pasir pantai ini gebu dan suasana lautnya juga tenang.
disini kita juga boleh melakukan aktiviti pantai seperti jet ski, parasiling
dan sebagainya. semasa kami pergi disana kami tidak dibenarkan untuk tangkap
gambar di pantai tersebut kerana disana
terdapat aktiviti sukan. sebelah pantai tanjung Rhu ada pantai peribadi yang
dibeli oleh pelancung asing.
6. kilim
geoforest park
gua kelawar |
bagi makan ikan pari |
burung helang |
dilangkawi
juga terdapat hutan paya dengan pelbagai tarikan yang boleh dilihar. dari sini
kita akan berjalan kaki ke platform kayu dan beratur untuk naik bot untuk
mengigilingi pulau ini. dipulau ini terdapat gua kelawar dan gua buaya. gua ini
jika dilihat betol-betul kelihatan seperti buaya. disini juga terdapat makanan
dan lauk-lauk yang segar. terdapat kedai makan dan tempat untuk memberi
makanan. disini juga saya ada belajar cara beri makanan kepada ikan pari dan
terdapat pelbagai jenis ikan. disini juga kita dapat melihat pelbagai jenis
burung helang terjun tiruk mengambil makanan yang dilepas oleh pemandu bot.
kata pemandu bot tersebut, makanan tersebut adalah lemak ayam. cantic sabggat
burung helang tersebut dan pelbagai warna. akhir sekali kami di bawa ke pantai
untuk mandi-manda disana.
7. dataran
lang
tak
sempurna jika dating ke Langkawi tetapi tidak tangkap gambar didataran lang.
burung helang gergasi yang menjadi simbolik kepada pulau Langkawi. jika dari
jeti kuah hanya bebarapa minit sahaja berjalan kaki. kebiasaannya pelancong
akan dating bergambar disini semasa menunggu masa untuk menaiki feria tau
pulang ke destinasi masing-masing.
8. underwater
world Langkawi
underwater
world Langkawi lebih kurang sama dengan Aquaria KLCC disini terdapat ribuan
jenis kehidupan laut. antara binatang yang jarag dilihat juga terdapat disini
seperti penguin, jerung, pari, sotong kurita, dan sebgainya. lokasinya
berdekatan dengan pantai cenang.
9. HAJI
ISMAIL GROUP ( HIG)
tempat
yang terakhir kami kunjungi ialah HIG. disini sesiap mahu membeli barang
pinggan mangkuk, coklat murah-murah. dilangkawi dikenali sebagai tempat bebas
cukai.
tidak berkesempatan untuk
pergi semua tempat yang menarik.masih banyak tempat yang menarik yang belum
kami kunjungi. antaranya ialah makam mahsuri, Langkawi wildlife park, taman
buaya Langkawi, galeri padi, herbawalk Langkawi, taman lagenda, tasik dayang
bunting, air terjun temurun, air terjun durian perangin dan banyak lagi.
jika berkesempatan untuk
bercuti lagi dan cuti yang panjang, mungkin boleh pergi ketempat yang belum
dikunjungi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan