Khamis, 20 Oktober 2016

8 jenis buah yang menjadikan tubuh langsing

adakah anda tahu jika mengamalkan buah-buahan dapat menurunkan berat badan secara semulajadi dan selamat berbanding mengamalkan supplement. tanpa kita sedari terdapat banyak buah yang disekeliling kita yang mempunyai banyak manfaat yang positif. jika kita mengamalkannya dengan teratur, ia dapat mengurangkan berat badan sedikit demi sedikit. mesti anda semua tak tahu kan...???

sekarang saya akan memberitahu antara jenis buah yang boleh kita amalkan untuk megurangkan berat badan.



  • epal

epal mengandungi banyak air dan serat. ia dapat mengenyangkan perut anda. setelah dicerna epal meenghasilkam hormon GLP-1 yang menghantar isyarat ke otak untuk memujuk anda berfikir perut anda sudah kenyang atau masih kenyang. makan sebiji buah epal bersaiz sederhana, 15 minit sebelum memakan makanan berat, membantu mengawal nafsu makan.

  • Avokado

kebiasaanya buah yang memiliki isi yang tebal di makan dalam bentuk jus dan mampu mempercepatkan proses metabolisme badan. ia juga dapat meningkatkan hormon testosteron. hormon ini merupakan bahagian penting yang menentukan turun dan naik berat badan kita. buah ini juga mempunyai lemak yang tidak berbahaya terhadap jantung dan boleh terbakar  sehingga menghasilkan tenaga dengan cepat.

  • pir

buah ini mempunyai kandungan serat yang amat tinggi, anda akan merasa cepat kenyang jika memakan buah ini. proses metabolik akan menjadi semakin lancar dan penurunan berat badan berlaku dengan cepat  secara semulajadi. selain itu, buah ini juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam badan kita. ia sanggat bangus untuk kesihatan kerana kaya dengan potassium. seeloknya dimakan bersama kulit, kerana kulitnya mempunyai serat yang tinggi.

  • pisang


buah pisang antara buah yang mudah untuk kita perolehi kan? ia juga banyak manfaat dalam proses untuk menurunkan berat badan. serat laut yang terdapat didalam buah pisang akan membuat kita berasa tidak lapar. ia dapat mengelak kita untuk mengambil makanan berat terlalu kerap. pisang merupakan buah yang mempunyai kandungan  vitamin B6 yang tinggi. sekali makan, badan kita akan mendapat lebih 30% pengambilan yang diperlukan setiap hari. vitamin ini juga dapat meningkatkan imuniti dan mengurangkan risiko penyakit jantung. 

  • delima

buah delima buah yang banyak manfaat dan khasiatnya. delima ini juga dikenali dari segi nama saintifiknya pomegranate, walaupun ukurannya kecil tetapi mempunyai kandungan antioksidan yang cukup tinggi. amat berkesan membantu mengeluarkan racun dan bahan negatif dari dalam badan, pengambilan secara teratur dapat membantu dan mengawal nafsu makan anda. kandungan polyphenols yang terdapat dalam buah delima dapat melancarkan metabolisme badan. kandungan kolesterol dalam badan juga dapat berkurang dengan memkan buag delima. 

  • betik

betik juga mempunyai zat untuk metabolisme badan. salah satunya dikenali dengan nama papain, enzim yang berfungsi untuk mempercepatkan proses keluarnya sisa makan dari badan. ini dapat mencapai taget anda untuk mendapat berat badan yang ideal dan sehat. betik juga kaya dengan antioksidan seperti karotena dan vitamin c.

  • strawberi

buah strawberi dapat menhasilkan hormon adiponectin dan leptin. ia boleh mempercepatkan proses pembakaran lemak dan melancarkan metabolisme badan. mengamalkan pemakanan strawberi yang teratur dapat membuatkan diet anda seimbang dan tidak lupa untuk bersenam jika ingin mendapatkan hasil yang maksimum.

  • kiwi

kiwi mempunyai kandungan serat yang tinggi . didalam isi buah kiwi terdapat biji hitam. buah kiwi dapat melancarkan proses pencernaan di dalam tubuh, serat yang ada dalam kiwi membolehkan kita berasa kenyang yang bertahan lama. bagus untuk mengurangkan pengambilan makan yang berat jika ingin diet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan