Sabtu, 15 Oktober 2016

sindiket dadah


 Polis sedang risau dengan peningkatan trend sindiket roping pelajar-pelajar antarabangsa yang mengedar dadah. pihak berkuasa telah menahan beberapa sindiket yang terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah sebanyak 125 warga Nigeria, termasuk 41 pelajar universiti dan kolej yang terlibat dalam kegiatan haram

Tahun lepas, pihak polis telah menahan 139 warga Nigeria, termasuk 33 pelajar. Kebanyakan mereka ditahan bagi kesalahan pengedaran dadah, polis percaya sindiket dadah antarabangsa kini menggunakan pelajar-pelajar asing untuk menjalankan kegiatan haram mereka.

kes ini telah dikesan oleh pihak polis sejak tahun lepas lagi. pihak polis bekerjasama dengan pentadbiran universiti dan kolej untuk menahan anggota sindiket yang menyamar sebagai pelajar.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Persekutuan (CID) Pengarah Comm Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff juga mendedahkan bahawa 6,138 warga asing telah ditahan tahun ini dan dadah bernilai RM161 juta iaitu syabu, ganja dan heroin dirampas dalam pelbagai operasi oleh JSJN dan Taktikal Perisikan Narkotik Khas.

Dalam operasi terbaru pada 30 Sept dan Selasa di Lembah Klang, JSJN menahan 8 suspek termasuk empat lelaki Nigeria dan merampas dadah yang bernilai RM164,000. ahli sindiket lain yang ditahan adalah seorang Guinea, seorang lelaki Uganda berusia 30 tahun, seorang wanita Malaysia berusia 38 tahun dan seorang wanita Indonesia.

pelbagai cara mereka lakukan untuk menyeludup dadah untuk ke luar negara. Penjenayah semakin kreatif dalam usaha mereka untuk mengelakkan pihak berkuasa untuk mengesan kerja haram mereka. syabu itu diseludup dari Mumbai, India, manakala ganja itu datang dari Nigeria. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan