Ahad, 16 Oktober 2016

bronok



sejenis kehidupan laut yang seakan-akan gamat dan ia hidup di kawasan pantai yang berselut. Bronok di makan mentah iaitu di jadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di Langkawi, Kedah, menjadi perkara wajib jika pergi ke Langkawi dan merasa kerabu bronok.

ciri-ciri

Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa dan rasanya agak masin. Bronok juga tidak boleh masak kerana ia akan menjadi cair. Teksturnya licin seperti sotong dan ianya juga mempunyai beberapa warna seperti coklat kehitaman atau merah jambu. Bersifat kenyal dan rasanya agak masin seperti air laut.



Mungkin ada di antara anda yang tak berselera untuk makan selepas tengok fizikal lain seperti lintah gergasi. Tetapi bagi sesetengah orang, kerabu Bronok ni memang sedap dan menyelerakan. Bagi penduduk disekitar Langkawi kerabu Bronok ni menjadi benda wajib untuk majlis kenduri. cara-cara mencari bronok lebih kurang seperti kita mencari kerang di laut. Bronok ni ada musim-musim tertentu saja yang banyak boleh didapati dilangkawi. Dan kalau saiznya besar sangat pun tak sesuai kerana agak liat isinya, jadi kita ambil yang sedang-sedang saja.

Pada sesiapa yang baru kali pertama lihatnya amat geli sekali kalau nak pegang, dalam badannya hanya Nampak air saja. Jadi kalau ke Langkawi ini janganlah lepaskan peluang untuk mencuba kerabu bronok ini, kawasan yang banyak Bronok di Langkawi ni adalah di kawasan sebelah Padang Matsirat berdekatan International Airport Langkawi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan