Jumaat, 21 Oktober 2016

simptom penyakit buah pinggang

penyakit buah pinggang berlaku pada masa kini kerana kita lebih suka mengamalkan makanan tidak sihat seperti makanan ringan , minuman berkarbonat yang sekaligus memberi kesan terus kepada buah pinggang.

kebiasaanya tanda-tanda sakit ini tidak dikesan dengan cepat oleh kita. disini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai tanda-tanda penyakit buah pinggang. " mencegah lebih baik dari mengubati".

jangkitan buah pinggang merupakan penyakit berbahaya untuk badan. penyakit ini bukan sahaja berbahaya tetapi juga menyakitkan. penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi setiap orang tidak mempunyai tanda atau gejala yang sama. lelaki dan perempuan mempunyai gejala yang berbeza sama seperti akibatnya. penyakit ini berlaku kerana kekurangan air didalam badan.

tanda awal penyakit buah pinggang


  • rasa letih, kurang bertenaga atau mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan
fungsi buah pinggang yang senakin menurun dengan teruk boleh membawa kepada pengumpulan toksik  dan kotoran dalam darah. ini yang menyebabkan kita merasa letih, lemah dan menyukarkan tumpun kita. ini boleh menyebabkan anemia iaitu boleh melemahkan dan kelesuan.

  • kesukaran untuk tidur
apabila buah pinggang tidak dapat menapis dengan sempurna, disebalik meninggalkan tubuh melalui air kencing, toksik akan kekal dalam darah. ini yang menyebabkan kita susah untuk tidur. ini juga dapat dikaitkan dengan obesity  dan penyakit buah pinggang kronik.

  • kulit kering dan gatal
buah pinggang yang sehat malakukan pelbagai fungsi dalam badan kita. ia mebuang bahan kotor dan cecair berlebihan daripada tubuh. ia juga membentu menghasilkan sel-sel darah merah, membantu menghasilkan tulang kuat dan bekerja untuk mengekalkan jumlah galian yang sepatutnya didalam darah. kuling menjadi gatal boleh menjadi tanda penyakit tulang dan penyakit buah pinggang. 
  • rasa ingin kencing dengan kerap
jika rsa ingin kerap kencing terutamanya pada waktu malam, ini mungkin menjadi tanda penyakit buah pinggang. apabila penapis buah pinggang rosak, ia boleh menyebabkan rasa ingin kencing dengan kerap. ini juga boleh menjadi tanda jangkitan urinary atau prostat membesar kepada lelaki.
  • darah dalam air kencing
buah pinggang yang sihat memastikan sel darah dalam tubuh menapis bahan buangan daripada darah untuk menghasilkan air kencing. tetapi jika penapis buah pinggang telah rosak, sel-sel darah mula bocor dan masuk kedalam air kencing. selain itu, air kencing berdarah juga menunjukkan tanda tumor, batu dalam buah pinggang atau jangkitan.
  • air kencing berbuih
air kencing berbuih tanda air kencing mengandungi protein. buih air kencing seperti buih telur sebelum digorengkan. 
  • bengkak sekeliling mata sepanjang masa
protein dalam air kencing adalah tanda awal penapis buah pinggang telah rosak, protein bocor dan masuk melalui air kencing. protein didalam air kencing menyebebkan berlakukan bengkak pada sekeliling mata.
  • kaki dan buku lali membengkak
fungsi buah pinggang dah berkurang menyebabkan pengumpulan garam, ini menyebabkan berlaku penmbengkakkan pada kaki dan buku lali. jika berlaku bengkak pada bahagian bawah badan, merupakan tanda penyakit jantung, penyakit hati dan masalah vena kaki kronik.
  • hilang selera makan
toksik dalam badan menyebabkan kita hilang selera untuk makan dan berat badan berkurangan.
  • otot kejang dan kebas
ketidakseimbangan elektrolit boleh terjadi dan menjejaskan fungsi buah pinggang. tahap kalsium rendah dan kurang kawalan fosforus boleh menyebabkan otot kenjang dan kebas.


jika anda mengalami tanda-tanda awal seperti diatas, boleh melakukan pemeriksaan diklinik atau hospital melalui pemeriksaan air kencing. harap info ini dapat membantu kita semua untuk mencegah penyakit ini. buah pinggang sanggat penting, sayangilah buah pinggang anda semua...tq

Tiada ulasan:

Catat Ulasan