kencing tikus atau nama sainsnya dikenali sebagai Leptospirosis. Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebarkan oleh haiwan yang dipanggil bakteria leptospirosis. penyakit ini membawa maut dan boleh merebak sekiranya tidak dirawat dengan segera.
Namun kini, terdapat banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar mahupun haiwan peliharaan. Haiwan yang dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa penyakit dan tidak memindahkan jangkitan. Secara khasnya bakteria Leptospira boleh berjangkit kepada haiwan seperti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
Punca Jangkitan
- Bakteria ini terdapat di dalam air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi, kuda dan haiwan liar yang lain.
- Manusia boleh dijangkiti bakteria apabila terdedah kepada air, makanan atau tanah yang lembab yang dicemari dengan air kencing haiwan yang mengandungi bakteria Leptospira.
- Bakteria Leptospira boleh memasuki tubuh manusia melalui luka atau kudis di kulit dan lapisan mukosa seperti selaput mata dan lapisan dalam mulut.
Tanda Dan Gejala Penyakit Kencing Tikus
- Tanda dan gejala penyakit kencing tikus muncul dalam tempoh 2 -10 hari (adakalanya sehingga 30 hari) dari masa terdedah kepada jangkitan.
- Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
- Batuk tidak berkahak
- Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
- Radang selaput mata.
- Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.
- Jaundis (penyakit kuning)
- Ruam di kulit
SEGERA DAPATKAN RAWATAN jika mengalami tanda dan gejala penyakit ini dalam tempoh 2 minggu selepas mengunjungi tempat-tempat rekreasi atau berkelah.
Pencegahan
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah penyakit kencing tikus:
- Elakkan melakukan aktiviti rekreasi berkaitan dengan air semasa dan selepas hujan atau pada musim banjir.
- jika ada luka atau kudis, jangan bermain atau mandi di sungai atau kolam.
- Pekerja sanggat berisiko dan perlu memakai kasut but dan sarung tangan getah
- jika terpaksa bersentuhan dengan air, tampal luka dan kudis dengan plaster yang kalis air untuk mengelak dari berjangkit bakteria Leptospira
- Elakkan minum air sungai / kolam yang tidak dimasak
- Elakkan premis makanan yang kotor
- Jaga kebersihan kawasan tempat rekreasi atau berkelah
- Buang sampah sarap dan sisa makanan secara sempurna
- selepas aktiviti rekreasi air, basuh tangan dan kaki dengan air dan sabun
Rawatan
kita boleh merawat penyakit kencing tikus dengan menggunakan antibiotik. Rawatan awal perlu diambil dengan antibiotik supaya dapat mengelakkan komplikasi dan kematian.